tolong maafkan aku :)

Tolong maafkan aku jika ada salah. Tolong maafkan aku jika ada yang terasa. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka. Kerana aku hanya manusia biasa. Aku tahu itu. Aku sedar itu.

Tolong maafkan aku jika ada yang terasa bila ku tegur. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka pada baris ayat. Tolong maafkan aku jika ada yang benci pada ulah kata. Kerana aku hanya. Menyampaikan kebenarannya. Tanpa aku sedar bahawa. Bahasaku melukakannya.

Tolong maafkan aku jika kamu kecewa dengan ku. Tolong maafkan aku jika kamu marah pada ku. Tolong maafkan aku jika aku menyakitkan kamu. Kerana aku kadang-kadang alpa. Pada susun kata yang ku tera. 

Tolong maafkan aku jika ada yang kecil hati bila aku tidak membalas kembali jejak kehadiran. Tolong maafkan aku jika ada yang benci bila aku tidak mengikutmu seperti mana kamu hendakkan. Kerana aku hanya ingin kamu tahu. Aku tidak mahu kamu menjadi teman seperguruanku hanya jika kamu mahu aku mengikutmu kembali.

Tolong fahami aku, aku tidak pernah memaksa kamu. Jika tidak suka aku. Jangan pernah datang ke mari. Kerana aku tidak mahu kamu terluka lagi. Pada baris ayat yang aku tera, bait kata yang aku gubah. Tersirat isi-isi. Supaya kamu akan mengerti. Bahawa tiada sesiapapun yang ingin ku sakiti. Hanya mahu kamu sedar sendiri.

Tolong kenali aku sebelum kamu mahu berkata tentangku. Kerana segala isi hati, ku luahkan di sini. Tempatku bermain kata. Tempatku bersuara. Tempatku mengadu segala. Tempatku menangis hiba. Dan tempatku yang sebenarnya.

Tolong fahami aku kerana aku mahu kerana aku tidak bikin ini semua tanpa tujuan. Aku tidak lakukan ini semua tanpa arah. Aku tidak laksanakan ini semua tanpa amanah. Kerana aku mahu kalian menikmati. Segala yang ku saji. Pada lewat ketik jemari. Isi hati yang kalian sendiri miliki.

Tolong maafkan aku tapi tolong juga fahami aku.

No comments:

Post a Comment